Thursday, December 25, 2008

Wednesday, October 22, 2008

Herba campuran khusus daripada pelbagai jenis spesies tumbuhan tempatan untuk kegunaan luar (mandi). Tumbuh-tumbuhan ini dikering serta dikilangkan sesuai dengan kesesuaian pengguna. Herba dipek bagi memudahkan pengguna sebagai mandian penyegar badan serta dapat membantu permasalahan kesihatan.

Ia juga sesuai digunakan sebagai mandian wap dan rebusan rendaman kaki.
Selain dari mandian kesegaran atau digunakan sebagai herba wap, kita juga boleh pelbagaikan fungsinya, redaman kaki adalah alternatif yang dimaksudkan. Telah disebut dalam banyak buku perubatan tradisional bahawa kaki boleh diistilahkan sebagai jantung nombor dua pada badan kita. Segala punca dan sistem badan tertumpu atau terkumpul di bahagian kaki.
Sesetengah dari perubatan tradisional cina, mereka menumpukan perawatan pada tapak kaki, yang dikenali sebagai rawatan refleksiologi.Ini merupakan rawatan yang baik untuk keseimbangan badan dan setengahnya berjaya mengurangkan kesan penyakit yang dihidapi.
Mengenai rawatan kaki ini, kami mengambil pendekatan yang berbeza dari urutan, hanya dengan rendaman Herba Mandian Livingnaturally, ia juga boleh bertindak membantu mengeluarkan toksin yang terkumpul di kaki pesakit. Terutamanya memberi kesan yang positif kepada meraka yang mengidap penyakit Ghout . Mereka hanya rendam ½ jam air herba LN suam, mereka perolehi hasil kelegaan.
Caranya:
a) Ambil satu (1) uncang Herba Mandian LN
b) Rebus dalam sebuah periuk bersama-sama tujuh (7) keping asam keping.
c) Campurkan segenggam garam.
d) Rebus hingga mendidih dan didihan dibiarkan selama 5 minit.
e) Keluarkan uncang tersebut, tuangkan dalam bekas yang mudah dimasukkan kaki.
f) Campurkan air bersih mengikut kesesuaian suam yang dikehendaki.
g) Rendam kaki yang bermasalah selama ½ jam atau sehingga air tadi sejuk.
h) Anda akan perolehi hasilnya.

Selamat mencuba